Sumber : Photoshop For Photografer
Bagi Kami Kaki Pancing kekadang melihat gambar begini ia memberi satu ilham bahawa pada suatu masa dahulu ia mungkin amat berguna sama ada untuk mengangkut penumpang atau menangkap ikan. Tapi kini sesudah tua maka dibiarkan sahaja tanpa sesiapa peduli. Jangan kita juga ikut sama begitu apa bila tua tiada siapa lagi mempedulikannya, moga-moga kita semua tidak melalui saat sebegini, sama-samalah kita doakan ia tidak terjadi pada kita semua. Ayuh Kaki Pancing musim sotong dan bermula sekitar Pulau Tioman..... apa lagi buatlah tempahan bot pasti rakan-rakan tak menang tangan menarik sotong yang segar dan masih nampak transperan lagi bukan macam sotong di pasar yang dah merah dan lembek