Monday, 24 June 2013

Mencari Kepuasan Di Unjam Sekitar Pulau Pemanggil Mersing

          Pada kali ini [22 dan 23 Jun 2013] kami hanya berempat sahaja Haji Zulhairi, En. Rozani, En. Zamri dan Haji Che Musttapa yang mempunyai ruang untuk mencari ketenangan dengan memancing di unjam sekitar Pulau Pemanggil, Mersing.

          Kami menaiki bot sekitar pukul 5 pagi di Jeti Mersing bersama tekong Zohrin kerana air pasang pagi pada kali ini. Perjalanan ke Pulau Pemanggil mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan. Pada kali ini sebenarnya kami hanya memasang niat untuk memancing di unjam sekitar Pulau Pemanggil dan mencandat sotong di Pulau Tioman jika ada peluang.

          Niat kami tidak sia-sia apabila sempat melawat dari satu unjam ke satu unjam yang ada sekitar Pulau Pemanggil. Kami hanya bermain-main dengan Apollo sahaja tapi hasilnya kami mendapat habuan yang cukup baik bagi tujuan mencari ketenangan. 

          Pada sebelah petangnya kami mengambil sedikit masa untuk mencandat sotong di hadapan Pulau Pemanggil dan kami tidak kecewa dengan hasil yang diperolehi, walaupun hasilnya tidak berapa banyak tapi sudah boleh memuaskan hati bagi menghilangkan "gian" mencandat sotong dan sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan di Marang tempoh hari, di mana kami dibalun dengan Angin Tenggara yang agak kuat.

          Padi keesokan harinya 23 Jun 2013 kami balik lebih awal kerana jika terlambat sudah pasti kami sukar untuk memasuki muka kuala kerana air mula surut. Walau apa pun kami berpuas hati dengan apa yang telah dianugerahkan atau rezeki yang diberi Allah kepada kami pada kali ini. Sekian jumpa lagi







 Hasil Tangkapan Kami
 Zamri besama sotong yang dicandat


 Haji Che Musttapa bersama tangkapan

 Lolong Pulau Pemanggil di pancing Haji Mus sekitar jam 3 pagi
|


 En. Rozani
 En. Zamri






 Sotong Pulau Pemanggil






 Kepuasan


Tidak banyak tapi puas

No comments:

Post a Comment