Monday 10 April 2017

Pulau Tioman dan Jeti Mukut 6 - 7 April 2017

Sudah agak lama sebenarnya tidak turun ke laut. Trip terakhir tahun lepas adalah mencandat sotong selepas itu pintu laut mulai ditutup. Perancangan awal hati hendak ke Pulau Jarak, Perak pada pertengahan Mac 2017 tapi tidak kesampaian kerana bertembung dengan majlis perkahwinan di rumah adik. Akhirnya tahun ini pada 6 hingga 8 April 2017 kami berpeluang untuk melepas gian turun ke laut. Kami tetap setia dengan Tekong Pak Din yang tidak pernah mengecewa kami apabila turun ke laut sama ada untuk mencandat sotong atau memancing sepenuhnya

Sasaran kami pada kali ini sekitar Pulau Tioman dan Pulau Pemanggil, Kampung Mukut dan Pulau Jahan. Kami ke Kampung Mukut Tioman semata-mata untuk menikmati air terjun dan membasahkan badan setelah berpeluh dan berpanas di laut, jika sahabat semua memancing sekitar Tioman jangan lupa minta tekong berlabuh di Jeti Kampung Mukut bagi mandi manda di Air Terjun

Kenapa sekitar Pulau Jahan ianya semata-mata mencuba dan meninjau 'port' sotong, ternyata sekarang bulan April bukan musimnya lagi. Bulan terbaik adalah sekitar bulan Ogos nanti. Pada kali ini kami mendapat rezeki laut yang berbaloi, Kaci, Kertang, Tambak dan Kerapu. Ikan unjam kembung, Selar, Cencaru, Kerisi dan lolong [Uji Rashid] tidak menang tangan kami menaikkannya. Tongkol....tiada seekor pun. Apa-apa pun biar gambar menceritakannya, hanya kaki pancing pandai menaakul cerita memancing di sebalik gambar. 

Gambar Mencerita Segalanya


Tidak Bergelora Tapi Arus Kuat


Sentakan Pertama - Kaci


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Zainuri & Amran


Pemilik Blog


Pemilik Blog & Dato Anuar Jais


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Keindahan dan Keajaiban Kejadian Allah


Sekitar Air Terjun Kampung Mukut, Tioman


Sekitar Air Terjun Kampung Mukut, Tioman


Sekitar Air Terjun Kampung Mukut, Tioman


Kerapu


Kerapu


Tangkapan Terawal


Tangkapan Kerapu


OTAI - 60an - Pak Abu


Haji Che Musttapa Che Ismail - Kertang Pulau Tioman


Haji Che Musttapa Che Ismail - Kertang Pulau Tioman


Kaci, Kerapu dan Tambak


Sebahagian Kumpulan Kami


Sebahagian Kumpulan Kami


Kami Tetap Bersama


Lagi - Kaci, Kerapu dan Tambak


Kaci, Kerapu dan Tambak


Hasil Tangkapan Kami


Lebih Jelas


Rezeki Pemberian Allah


Ikan Kacang Tioman


Pertarungan menjinakkannya menghasilkan kepuasan