Thursday 22 October 2015

Kerapu Sungai Lebam, Desaru Johor

Sudah lama tidak turun ke sungai mahu pun laut kerana tidak berkesempatan. Akhirnya pada 15 Oktober 2015 dapat juga cecah kaki ke air Sungai Lebam, Desaru, Johor. Ini pun salam perkenalan untuk tahun 2015. 

Kami menyusuri sungai dari pagi hingga ke malam, tapi macam biasalah jika rezeki baik dapatlah lebih jika tiada rezeki dapatlah untuk makan sahaja. Pada hari ini rezeki kami bolehlah tahan untuk masak asam pedas kerapu dan semilang.

Bagi yang gian dan dah lama tidak memancing bolehlah ke Sungai Lebam untuk memancing, caj dikena serendah RM5.00 sahaja bagi satu kepala untuk berada di jeti sementara jika berhajat untuk berada di kelong RM15.00 dicaj bagi satu kepala. 

Selamat mencuba nasib di Sungai Lebam, 


Ketagih Nak Memancing


Kerapu Sungai Lebam


Sedap Untuk Asam Pedas