Monday 16 May 2011

Gambar Menceritakan Segala-galanya

Merah Pulau Pemanggil Menyentap Joran Encik AJ Pukul 6.00 Pagi
Puas menaikkan Merah Seberat 5.5 Kg dengan Kekili Baru Daiwa
Seronok Bersama Ikan Kelas A
Encik KZ Bergaya dengan Aruan Tasik
Yu dinaikkan Oleh Encik Amir Jais
Encik ZS Bersama Jenahak dan Kerapu 
Kaci juga tidak ketinggalan dinaikkan diwaktu subuh-subuh pagi
Malang Bagi Sahabat Ini Merah yang dinaikkan Hanya Tinggal Separuh Sahaja disambar Baracuda
Hasil Tangkapan Bersama Tekong Encik Jalil 
Waktu Pagi Ketika Fajar Mula Menyinsing
Keindahan di air tidak akan sama dengan keindahan di daratan ketika  mentari mula menjelma wajah
Selar dan Kerisi Berumpan Sotong
Pada Kali ini En. Amir adalah Juara Belitong, Namun Kepuasan Melayannya Tidak Dapat Digambarkan Dengan Aksi "Willy"
Tiada Tandingan
Cencaru dan Selar Pulau Pemanggil

Hajat kami ketika mula turun [ 14 -15 Mei 2011 ] adalah untuk menyandat sotong sekitar Pulau Tioman tetapi pada masa ini sekitar Pulau Tioman masih lagi belum musin sotong. Kami berubah haluan ke sekitar Pulau Pemanggil dengan  melupakan niat ingin menyandat sotong. Musin sotong akan bermula sekitar penghujung bulan Jun dan berakhir bulan Oktober. Bagi kaki pancing cubalah ke Tioman sekitar bulan tersebut pasti rakan-rakan tidak menang tangan menaikkan sotong. Bagi kumpulan kami, kami akan ke sana lagi pada bulan Julai nanti dengan sekali lagi memasang untuk mencandat sotong

Wednesday 11 May 2011

Teknik-Teknik Memancing

Salam satu malaysia...kepada seluruh kaki pancing

Saya rasa setiap manusia yang bergelar kaki pemancing ni... dia mesti tau teknik-teknik memancing.. kalau dia tak pernah tahu... ok anda boleh baca disini... mudah je...tekniknya....
lure yang digunakan untuk Popping

lure untuk jigging

yang ni plak... untuk BOTTOM

umpan untuk casting

Teknik memancing di semua perairan

Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari. 

Sumber : Blog Fishing Ghost

Wednesday 4 May 2011

Pemandangan Indah Bila Berada Di Laut

Indahnya kejadian Allah pencipta Alam ini. Bila matahari mula hendak melabuhkan tirainya beginilah keindahan yang dinikmati oleh kaki pancing yang rakan-rakan sukar dapati dan barangkali tidak boleh dinikmati jika tidak pernah turun ke laut. Tengok kanan air tengok kiri air dan ditambah dengan pemandangan yang indah begini tentu akan menginsafkan kita betapa maha berkuasanya pencipta alam semesta ini berbanding dengan keupayaan kita yang sangat tidak seberapa dan sebenarnya "siapalah kita" ini

Selar dan Kerisi Pulau Pemanggil

Jika rakan-rakan kaki pancing berpeluang memancing dan mencandat sotong di sekitar Pulau Pemanggil dan Tioman saya pasti rakan-rakan tidak menang tangan menaikkan ikan selar dan kerisi dengan menggunakan apollo apatah lagi jika rakan-rakan menggunakan apollo yang diikat sendiri. Bagi saya jika kita ke laut jangan memikirkan hendak menaikkan ikan yang besar-besar dan ada nilai sahaja, apa yang penting bekalan yang hendak dibawa pulang ada ditong coleman. Bila bekalan sudah ada cubalah cari ikan-ikan yang ada "value" pula untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Tuesday 3 May 2011

Jika Ini Pemiliknya Kita

Walaupun kapal Layar jika berbumbung begini kaki pancing tentu tidak akan terbakar dibakar terik matahari. Nampaknya simple sahaja tapi harganya berjuta ringgit, kemasan dalamannya sukar untuk digambarkan, barangkali tidak salah jika dikatakan kemasannya setaraf dengan hotel lima bintang.