Wednesday, 4 May 2011
Selar dan Kerisi Pulau Pemanggil
Jika rakan-rakan kaki pancing berpeluang memancing dan mencandat sotong di sekitar Pulau Pemanggil dan Tioman saya pasti rakan-rakan tidak menang tangan menaikkan ikan selar dan kerisi dengan menggunakan apollo apatah lagi jika rakan-rakan menggunakan apollo yang diikat sendiri. Bagi saya jika kita ke laut jangan memikirkan hendak menaikkan ikan yang besar-besar dan ada nilai sahaja, apa yang penting bekalan yang hendak dibawa pulang ada ditong coleman. Bila bekalan sudah ada cubalah cari ikan-ikan yang ada "value" pula untung sabut timbul untung batu tenggelam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment