Santai kami bermula bila Tekong Man mula meluncur botnya yang berinjin Yanmar. Perjalanan kami memakan masa 8 jam dengan kapasiti injin Yanmar Tekong Man. Kami Melelapkan mata dalam bot hingga pagi. Sesampai di Pulau Dayang kami meminta pemilik chalet menyediakan kami minum pagi dan memasak untuk makan tengah hari yang bakal dibawa menaiki bot apabila kami keluar memancing. Kami keluar semula ke laut lebih kurang pukul 11.30 pagi. Kami dibawa oleh Tekong Man ke unjam untuk mencari umpan. Alhamdulillah hari pertama rezeki kami melimpah ruah. Kami gembira kerana pasti besok lauk makan tengah hari kami adalah ikan segar yang bakal kami bawa ke bot dan asam pedas ikan segar yang dipancing menjadi pilihan kami. Pada hari pertama kami balik semula ke chalet pada pukul 1.30 pagi dan santai kami bersama rakan-rakan sambil menikmati kopi panas berlarutan sehingga pukul 4.00 pagi.
Keesokan hari harinya selepas menikmati minum pagi kami turun ke laut lagi untuk memancing dan pada hari kedua rezeki kami melimpah ruah juga dengan ikan Kerapu, Ibu Kerisi, Jemuduk dan juga Ebek yang kesemuanya bersaiz bagat. Ikan Belitong usah saya cerita pantang campak umpan pasti di sambar.
Apa bezanya memancing sekitar Pulau Pemanggil, Pulau Tioman dengan memancing di sekitar Pulau Aur. Bezanya kedalaman air laut di Pulau Aur jauh lebih dalam berbanding dengan sekitar Pulau Pemanggil dan Tioman. Rakan-rakan perlu bersedia dengan tali yang lebih panjang dan mesen yang lebih besar.
Pada tahun ini saya bercadang untuk turun dengan misi mencandat Sotong Torak di sekitar depan Pulau Pemanggil dan Pulau Tioman pada penghujung bulan September atau awal Oktober bersama dengan Tekong Pak Din yang kami gelar pakar sotong. Moga rezeki hasil laut saya bersama rakan-rakan kaki pancing akan melimpah ruah. Ameen
Keindahan Pulau Dayang
Hasil Mahsul Dari Laut Pulau Aur