Wednesday, 9 October 2013

Layaran Kuala Rompin

Pada 5 Oktober 2013 kami memasang niat untuk memancing spesis ikan yang dilindungi iaitu Ikan Layaran yang terkenal kerakusannya menyambar umpan. Kami berempat,  3 dari Kuala Lumpur dan hanya saya sahaja dari Johor mulai menaiki bot di Jeti Sungai Puteri tepat jam 7 pagi. Dalam perjalanan ke lokasi memancing kami singgah di beberapa unjam bagi mencari umpan hidup. Kami mencari umpan sebanyak yang mungkin agar aktiviti memancing nanti tidak terganggu. Kami mencari umpan ikan Selar dan Tamban yang amat digemari oleh spesis Layaran.

Pejalanan ke lokasi memancing mengambil masa lebih kurang 2 jam. Apabila sampai di lokasi yang ditujui tekong meminta kami menurunkan umpan secepat mungkin. Kami tidak perlu menunggu lama apabila pancing rakan dari Kuala Lumpur disambar dengan rakus. Maka bermulalah pertarungan kami dengan Layaran yang terkenal dengan aksi willynya.

Pada hari tersebut kami berjaya menaikkan 7 ekor Layaran kesemuanya. Bayangkan setiap seekor itu mengambil masa antara 15 hingga 20 minit untuk menaikkannya. Kepuasan pertarungan ini sukar untuk digambarkan.  Pada tahun ini mengikut kata tekong bot Layaran lambat masuk ke Kuala Rompin berbanding dengan tahun lepas di mana pada tahun lepas sekitar bulan September sementara tahun ini pada bulan Oktober. Kami cukup puas bertarung dengan spesis ini walaupun ianya tidak dapat dijadikan lauk kerana ianya dilindungi. Anda hanya boleh bertarung untuk menaikkannya dan kemudian menggosok-gosoknya sebelum dilepaskan semula ke laut. Bagi kaki pancing jika anda berpeluang, jangan lupa ke Kuala Rompin sekitar September atau Oktober untuk cuba mencari kepuasan dengan spesis ini. Layaran adalah sejenis ikan yang migrasi dan dikatakan selepas Kuala Rompin ikan ini akan migrasi ke Jepun dan seterusnya ke Australia.



Kepuasan Menaikkan Layaran


Layaran yang Telah Lemah dan Tewas


Di Jeti Sebelum Menaiki Bot


Perjalanan Bermula


 Pancing Mula Mengena


 Bertenang Dan Menikmati Pertarungan


Abang Mie Tekong Melepaskan Semula Ikan Layaran


Aksi Willy Layaran Kuala Rompin


Willy yang Mengagumkan



Menunggu Umpan Disambar Layaran


Layaran Yang Tertewas



Kepuasan



Anak Saudara Bersama Pak Ciknya - Layaran Kuala Rompin



Larian Layaran Yang Menyambar Umpan


Willy Yang Ditunggu-Tunggu



Lagi Layaran Yang Tertewas Sebelum Dilepaskan Semula

Monday, 24 June 2013

Mencari Kepuasan Di Unjam Sekitar Pulau Pemanggil Mersing

          Pada kali ini [22 dan 23 Jun 2013] kami hanya berempat sahaja Haji Zulhairi, En. Rozani, En. Zamri dan Haji Che Musttapa yang mempunyai ruang untuk mencari ketenangan dengan memancing di unjam sekitar Pulau Pemanggil, Mersing.

          Kami menaiki bot sekitar pukul 5 pagi di Jeti Mersing bersama tekong Zohrin kerana air pasang pagi pada kali ini. Perjalanan ke Pulau Pemanggil mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan. Pada kali ini sebenarnya kami hanya memasang niat untuk memancing di unjam sekitar Pulau Pemanggil dan mencandat sotong di Pulau Tioman jika ada peluang.

          Niat kami tidak sia-sia apabila sempat melawat dari satu unjam ke satu unjam yang ada sekitar Pulau Pemanggil. Kami hanya bermain-main dengan Apollo sahaja tapi hasilnya kami mendapat habuan yang cukup baik bagi tujuan mencari ketenangan. 

          Pada sebelah petangnya kami mengambil sedikit masa untuk mencandat sotong di hadapan Pulau Pemanggil dan kami tidak kecewa dengan hasil yang diperolehi, walaupun hasilnya tidak berapa banyak tapi sudah boleh memuaskan hati bagi menghilangkan "gian" mencandat sotong dan sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan di Marang tempoh hari, di mana kami dibalun dengan Angin Tenggara yang agak kuat.

          Padi keesokan harinya 23 Jun 2013 kami balik lebih awal kerana jika terlambat sudah pasti kami sukar untuk memasuki muka kuala kerana air mula surut. Walau apa pun kami berpuas hati dengan apa yang telah dianugerahkan atau rezeki yang diberi Allah kepada kami pada kali ini. Sekian jumpa lagi







 Hasil Tangkapan Kami
 Zamri besama sotong yang dicandat


 Haji Che Musttapa bersama tangkapan

 Lolong Pulau Pemanggil di pancing Haji Mus sekitar jam 3 pagi
|


 En. Rozani
 En. Zamri






 Sotong Pulau Pemanggil






 Kepuasan


Tidak banyak tapi puas

Tuesday, 16 April 2013

Tip dan Petua Mengelak Mabuk Laut

Sumber : mycandat.blogspot.com


Rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

1.Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

2. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

3. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

4. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

5. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

6. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

7.Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

8. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

9. 5/6 Jam sebelum naik bot jangan makan makanan berminyak saperti Kerepok Lekor Goreng, Pisang Goreng atau yang bersamaan.

10. Semasa diatas bot jangan pandang kelantai bot lama-lama, sentiasa padang kearah sekeling saperti pulau, bot disekitar atau jika waktu malam pandang cahaya lampu bot lain, cahaya di Pulau  atau cahaya lampu di daratan.

11. Elakkan bau asap eksos bot (minyak disel), sebaiknya duduk dibahagian depan bot ketika dalam perjalan pergi/balik.

12. Mabuk laut akan terasa bila bot berlabuh / 'Parking", jika rasa mual keluarkan muntah sehabisnya dan relak tidur2 ayam serta sapu minyak angin banyak2 di hidung, telinga dan kawasan muka.